
BULETIN UKHWAH


Hari Koperasi Negara 2016 @ Medan Tuanku
21/07/2016 17:02:00
Hari Koperasi Negara 2016 peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah berlangsung di Lorong Medan Tuanku Satu, Kuala Lumpur selama 3 hari bermula 21 hingga 23 Julai 2016.
Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri (HKNPN) ini adalah julung kali diadakan pada tahun ini dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi titik mula kepada negeri-negeri lain.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK. Kira-kira 50 buah tapak pameran telah disediakan kepada koperasi, kementerian dan agensi-agensi untuk mempromosi dan mempamerkan produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan.
Koperasi Ukhwah turut dianugerahkan Profil Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan.
Majlis Tandatangan MOU Ukhwah Bersama Maybank Trustee
21/01/2016 16:43:00
Satu majlis MOU antara Maybank Trustee dengan Koperasi Ukhwah telah diadakan di Unit Maybank Trustee, Tingkat 34, Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
Majlis MOU ini diadakan berikutan Koperasi Ukhwah telah dilantik sebagai agen perkhidmatan wasiat oleh Maybank Trustee.
Majlis MOU ini telah di sempurnakan oleh Naib Pengerusi Ukhwah, Tn. hj. Hassan Gondol dan Setiausaha Koperasi Ukhwah, Pn. Norlin Muhammed sambil diperhatikan oleh CEO Ukhwah, En. Razman Rahim
Program Salam Ukhwah Ke Melaka
31/05/2016 20:13:00
Majlis Sumbangan sempena Program Salam Ukhwah menjelang Ramadhan bertempat di Madrasah Islahiah, Kampung Kelemak Dalam, Alor Gajah, Melaka.
Sumbangan berupa barangan keperluan dapur diserahkan kepada golongan fakir miskin yg tinggal dipersekitaran ini.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hassan selaku Naib Pengerusi Koperasi Ukhwah dan Pengerusi Madrasah Islahiah Tn. Haji Shamsudin Othman


Coretan surat khabar Harian Metro hari ini 18/01/2016
Seramai 23 pemenang hadiah pada majlis meraikan Peraduan
#DUITKATMANA
TAHNIAH SEKALI LAGI PADA PEMENANG-PEMENANG KAMI

Alhamdulilah..setelah sekian lama usaha YDP kita DSRB dan semua warga Ukhwah .Akhirnya tahun ini kita mendapat pengiktirafan dari pihak SKM....pertama kali tersenarai No 13 peringkat Nasional,No 8 Peringkat Wilayah Persekutuan (sebaris dgn Koop2 GLC)dan Koop Terbaik sektor Hartanah 2017....Bersyukur dgn award2 yang diberi tapi dalam masa yg sama kita jangan selesa dgn kedudukan sekarang.Together we move forward bawa Ukhwah berada pada kedudukan Top 5 by year 2020.Insya Allah.
RAZMAN IBRAHIM menunjukkan anugerah yang di terima Koperasi Ukhwah ketika ditemui di ibu pejabat koperasi itu di Kuala Lumpur,

